Sunday, January 30, 2011

Nak beli emas?


Kebanyakan dari kita teragak-agak untuk membeli atau menyimpan emas oleh kerana harganya dirasakan terlalu tinggi. Majoriti peminat emas adalah kaum wanita, di mana mereka memakai emas sebagai barang kemas atau perhiasan. Bagi kaum lelaki pula, biasanya jawapan yang diberikan sekiranya disuruh membuat keputusan membeli emas ialah, "tunggulah dulu, tunggu sehingga harga emas turun sedikit".

Tahukah anda bahawa harga emas jarang turun? Sekiranya turun pun, sedikit sahaja dan jika dikaji graf turun-naik emas dalam jangka masa panjang, ianya semakin menaik!

Tahukah anda bahawa harga emas akan lebih tinggi di masa akan datang berbanding sekarang? Saya masih ingat harga emas pada tahun 2004 adalah lebih kurang RM47 /gram. Tetapi pada masa sekarang, harga emas adalah lebih kurang RM150 /gram. Selama lebih kurang 6 tahun harga emas telah meningkat sebanyak 67% (purata 11% setahun)
!





Cuba bayangkan berapakah keuntungan yang kita telah dapat sekiranya kita telah mula menyimpan emas semenjak tahun 2004?. Jika pada tahun 2004 kita telah memiliki emas berjumlah RM10,000, pada hari ini emas tersebut telah bernilai hampir RM16,700. Bagaimana? Untung ke tidak? Adakah lagi portfolio pelaburan lain yang lebih baik berbanding emas? Amanah Saham? Pasaran Saham? Simpanan Tetap? Masa yang lepas tak akan kembali lagi. Kita pun sudah sedia maklum bahawa apa-apa kenaikan harga barang di negara kita akan susah untuk turun kembali. Setiap tahun ada saja barang-barang yang akan naik harga.


Untuk memberi gambaran yang jelas mengenai peningkatan harga emas dunia, silalah lihat graf di bawah
:



Selama 20 tahun semenjak tahun 1980, purata harga emas hanya berlegar di sekitar USD350 per ounce. Akan tetapi semenjak tahun 2002 harga emas telah mula menunjukkan peningkatan yang ketara. Sehingga hari ini ianya telah mencapai paras USD1338 per ounce. Melihat kepada graf di atas kita dapat lihat bahawa peningkatan harga emas hampir membentuk peningkatan secara 'exponential'. Jadi adakah kita sudah terlambat untuk membeli dan menyimpan emas?

Jawapannya adalah "Belum lagi". Diramalkan harga emas akan mencecah sehingga USD5000 per ounce pada tahun-tahun yang akan mendatang. Adakah pada masa itu kita akan mampu lagi memiliki emas? Fikir-fikirlah sendiri.

Hubungi saya sekiranya anda berminat untuk membeli emas.

Puan Mai - zuramail@yahoo.com



0 comments:

 
template by : uniQue  |    modified by : your name